Faraidh: Tidakkah Terfikir

Kalau nak adil eloklah dibahagi sama rata“, “Kalau kamu kesian pada adik kamu yang perempuan tu, lepas faraidh nanti kamu bagilah dia sikit lagi sebab dia dapat sikit sangat..“. Itulah antara ungkapan yang sering kita dengar apabila para waris berbicara tentang pembahagian harta pusaka atau harta tinggalan si mati.

Sedar atau tidak hukum pembahagian harta pusaka adalah antara hukum yang disebut secara terperinci di dalam Al-Quran, bahagian yang diterima oleh setiap waris dinyatakan satu persatu. Rujuk Al-Quran; Surah An-Nisa’; Ayat 11, 12 dan 176. Sangat jelas. Oleh kerana hukum tersebut berdasarkan dalil qat’ie, maka ianya wajib dilaksanakan oleh yang berkenaan, sama seperti wajibnya melaksanakan solat, puasa, zakat, haji, hudud dan sebagainya. Kegagalan melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dengan sengaja dan tanpa alasan yang syar’ie bermakna telah ingkar dan boleh membawa kepada kekufuran.. Na’uzubillahi min zalik.

hadisFaraidMafhum

Mafhum al-Hadis riwayat al-Hakim, al-Baihaqi daripada Abi Hurairah

Ungkapan dan ucapan seperti di atas digambarkan oleh pelakunya seolah-olah hukum faraidh ini zalim dan tidak adil pembahagiannya antara lelaki dan perempuan. Tidakkah kita terfikir bahawa hukum ini dari Allah, Tuhan Sekalian Alam yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu, yang mustahil melakukan sebarang kesilapan dan ketidak adilan? Justeru, bagaimana ada di antara kita yang tergamak mempertikaikannya? Sama halnya seperti mereka yang mempertikai hukum hudud.. Mungkin teralpa atau tidak sedar. Maka, setelah datang peringatan seharusnya kita lebih berhati-hati dan berfikir dalam setiap pertuturan dan perbuatan.

Leave a comment